W
Website yang bekerjaTerus ke WhatsApp5 slot percuma dibukaHarga jelasUrusan terus dengan sayaSiap dalam beberapa hari
WebNexa — Studio website, Malaysia

Website yangbuat bisnesdipercayai.

Saya reka dan bina website profesional untuk bisnes kecil dan usahawan. Cantik di telefon, terus ke WhatsApp, siap dalam beberapa hari.

Skrol ke bawah

Program pelancaran.

Saya sedang membina portfolio. Ini peluang untuk bisnes awal dapat website profesional dengan kos minimum.

🎁 Untuk portfolio

5 slot percuma

Pakej Asas percuma, tanpa yuran reka bentuk. Dipilih berdasarkan permohonan, satu bisnes bagi setiap jenis industri.


Mohon slot percuma →
🔥 Klien awal

10 slot separuh harga

Pakej Pro RM499 (asal RM999). Selepas 10 slot penuh, harga kembali asal.


Lihat pakej →
Terma program pelancaran
  • Slot percuma meliputi yuran reka bentuk & pembinaan pakej Asas serta hosting tahun pertama.
  • Domain dibayar sendiri ikut harga sebenar pendaftar.
  • Semua bahan (logo, gambar, senarai servis) perlu dihantar dalam masa 7 hari, jika tidak slot diberi kepada pemohon lain.
  • Penerima slot percuma bersetuju memberi testimoni dan membenarkan website dipaparkan sebagai portfolio.
  • Harga separuh hanya untuk pakej Pro. Slot percuma termasuk 1 pusingan pindaan; slot separuh harga termasuk 2 pusingan.
  • Mulai tahun kedua, Hosting & Penjagaan RM49 sebulan atau RM450 setahun (pilihan).
  • Pemilihan slot percuma adalah atas budi bicara WebNexa.

Saya bantu bisnes kecil nampak profesional di internet dan dapat pelanggan terus ke WhatsApp. Berikut contoh kerja yang saya bina, dan yang sedang digunakan sekarang.

Hasil kerja pilihan

Perunding Takaful

Landing pageUlasan bintangSEOAnimasi

Website peribadi untuk perunding takaful, dengan fokus kepada lead WhatsApp dan kepercayaan. Prospek boleh lihat pelan, jawab kuiz, dan tinggalkan ulasan.

  • Hero animasi dengan gambar perunding
  • Kad pelan + kuiz "Cari Pelan"
  • Ulasan bintang dengan panel admin
  • SEO, Google Search Console & preview link

Projek anda seterusnya?

Slot terbuka
Bisnes anda
di sini
Reka ikut
jenama anda
Live dalam
beberapa hari
Mula sekarangIsi brief →

Pilih design.

Enam sampel ikut jenis bisnes, semuanya boleh diklik dan dicuba. Pilih satu sebagai asas, atau beri saya link website yang anda suka.

Ada website lain yang anda suka? Tampal linknya dalam borang brief. Saya akan reka bentuk dengan gaya yang sama, menggunakan jenama dan kandungan anda sendiri.

Isi brief dengan link →

Apa saya buat.

Dari satu halaman ringkas hingga website bisnes yang lengkap, semuanya disesuaikan ikut jenama anda.

Reka
  • Landing page
  • Website bisnes
  • Katalog produk
  • Reka bentuk mesra telefon
  • Animasi & interaksi

Dari RM499

Bina
  • Butang & borang WhatsApp
  • Ulasan bintang + panel admin
  • Kuiz & borang lead
  • SEO & Google Search Console
  • Kedai online (sebut harga)

Termasuk dalam Pro

Urus
  • Setup domain pilihan anda
  • Hosting di Cloudflare
  • Sandaran & keselamatan
  • Kemas kini promo & harga
  • Sokongan WhatsApp

RM49 / bulan

Untuk siapa.

Pilih bisnes anda dan terus isi brief. Borang akan dipilih secara automatik.

RM0Pakej bermula
0 hariAnggaran siap*
0 tahunHosting termasuk
0%Mesra telefon
Mohd Nazrin Talib
Mohd Nazrin TalibWeb designer
Siapa saya

Assalamualaikum, saya Nazrin.

Saya ada lebih 6 tahun pengalaman dalam dunia korporat, bekerja rapat dengan bisnes pembuatan, F&B, runcit dan pembinaan. Saya faham apa yang owner bisnes perlukan: urusan yang mudah, harga yang jelas, dan hasil yang betul-betul membantu.

Di tempat kerja, saya mula membina sistem web sendiri untuk gantikan kerja manual, seperti sistem tempahan bilik mesyuarat dan sistem permohonan perjalanan yang digunakan setiap hari. Dari situ saya sedar, bisnes kecil pun layak dapat website yang profesional tanpa kos agensi besar.

6+Tahun korporat
3Sistem dalaman dibina
1:1Urusan terus

Kata klien.

Ulasan ditulis sendiri oleh klien dan disemak sebelum dipaparkan.

– / 5

Belum ada ulasan. Klien pertama saya sedang dibina!

Pernah guna servis saya?

Tinggalkan ulasan jujur anda. Ia akan dipaparkan selepas disemak.

Pakej & harga.

Bayar 50% untuk mula, baki 50% sebelum website dilancarkan. Tiada caj tersembunyi.

+ Domain pilihan anda: atas nama anda, harga sebenar+ Halaman tambahan: RM150+ Kedai online: sebut harga

Cara kerja.

Empat langkah, tanpa pening.

01 —

Isi brief

Isi borang di bawah, maklumat terus ke WhatsApp saya.

02 —

Hantar bahan

Logo, gambar dan senarai servis. Bayar deposit 50%.

03 —

Semak draf

Anda dapat link preview. Dua pusingan pindaan disertakan.

04 —

Live

Bayar baki, website dilancarkan di domain anda.

Sebelum mula

Sediakan bahan ini.

Tandakan yang dah ada. Lagi lengkap bahan anda, lagi cepat website siap.

  • Logo bisnes (fail asal, bukan screenshot)
  • Gambar produk, hasil kerja atau premis
  • Senarai servis / pakej & harga
  • WhatsApp, lokasi & waktu operasi
  • 2–3 website yang anda suka sebagai rujukan

0 / 5 sedia

Borang brief

Isi dan tekan butang. Mesej akan dibuka dalam WhatsApp, siap untuk dihantar kepada saya.

Hantar brief melalui WhatsApp Maklumat ini hanya digunakan untuk sebut harga dan projek anda.

Soalan lazim.

Macam mana nak dapat slot percuma?

Pilih "Mohon slot percuma" dalam borang brief dan hantar melalui WhatsApp. Slot percuma adalah untuk pakej Asas. Saya pilih 5 bisnes, sebaiknya satu bagi setiap jenis industri, yang aktif dan boleh menghantar bahan dalam masa 7 hari. Penerima perlu beri testimoni dan izin untuk website dipaparkan sebagai portfolio. Domain dibayar sendiri.

Berapa kos selepas website siap?

Hosting tahun pertama sudah termasuk dalam pakej. Mulai tahun kedua, pakej Hosting & Penjagaan ialah RM49 sebulan atau RM450 setahun. Ia meliputi hosting, urusan pembaharuan domain, sandaran, pantauan dan edit kecil. Domain pula dibayar ikut harga sebenar pendaftar, biasanya sekali setahun.

Siapa pemilik website tu?

Anda. Domain didaftar atas nama anda, dan kandungan serta gambar adalah milik anda. Saya uruskan hosting dan penyelenggaraan. Kalau anda berhenti langgan, saya serahkan semua fail website dalam masa 14 hari supaya anda boleh pindah ke mana-mana penyedia lain.

Berapa lama nak siap?

Anggaran 3–7 hari bekerja selepas semua bahan diterima dan deposit dibayar. Bahan yang lengkap mempercepatkan proses.

Boleh ubah lepas website siap?

Boleh. Dua pusingan pindaan disertakan sebelum dilancarkan. Selepas itu, pakej Hosting & Penjagaan meliputi edit kecil setiap bulan, atau pindaan dicaj ikut skop.

Ulasan bintang tu macam mana?

Pelanggan isi bintang dan ulasan terus di website anda. Setiap ulasan masuk ke panel admin anda dulu, dan anda pilih untuk luluskan atau sorok. Kandungan ulasan tak boleh diubah, jadi testimoni kekal asli dan dipercayai.

Saya ejen (takaful, insurans, hartanah). Ada apa-apa perlu tahu?

Bidang yang dikawal selia biasanya ada peraturan pengiklanan untuk ejen, termasuk penggunaan logo dan nama syarikat induk. Sila semak dengan agensi anda dulu. Secara lalai, saya tak guna logo rasmi dan saya letak penafian bahawa website ini milik peribadi anda.

Boleh buat kedai online dengan bayaran online?

Boleh, melalui platform e-dagang seperti Shopify, EasyStore atau WooCommerce. Projek ini dicaj ikut sebut harga kerana skopnya lebih besar. WhatsApp saya untuk bincang.

WhatsApp saya untuk tanya apa-apa. Tiada caj untuk bertanya.